Unstoppable Eating Machine

Segalanya Mengenai Arena Muzik Bawah Tanah!

Hollow Of Hate


Sebelom korang bace interview aku dengan diorang ni .. baek korang click Hollow Of Hate’s Amp Page. Sambil dengar lagu diorang korang bace lah.. baru layan.. Zaaasssssss!!!

1.Hello Hollow Of Hate (H.O.H) ape khabar??
Hi!. Khabar baik!!!. Terima kasih kerana berminat untuk interview kami!

2.Citekan sket pasal H.O.H ni ..
Hollow Of Hate ditubuhkan pada tahun 2004 oleh drummer Agus dan berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Masa awal penubuhan, ahli2 bukanlah macam yang sedia ada sekarang ni. Dua ahli asal tinggalkan band ni atas sebab2 yang boleh dielakkan tapi sengaja je tak nak elak so secara terpaksanya mereka ditendang keluar dan tak tau apa jadi kat diorang sekarang. Setelah band ni tak cukup tenaga pelengkap, Harsall (vocals) dan Afiq (2nd guitar) datang membantu sebagai rakan kepada Hollow Of Hate untuk menyumbang apa yang patut dan terus dari saat itu join sekali jadi permanent band member. Sebenarnya ahli2 H.O.H sekarang ni mula berkecimpung dalam bidang ni sejak 1998 lagi dimana setiap sorang datang dari band2 asal macam Prosthesis (Metalcore), Der Bucksters (Ska Punk), A New Fall (Hardcore) dan Flow (Reggae), tapi lepas meninggalkan band masing2 termaktublah dalam bahasa muzik diorg untuk bergabung dengan mencantumkan kebolehan masing2 walaupun genre2 asal diorg berlainan itu sebablah sound Hollow Of Hate actually ada banyak element termasuklah Joget, Blues,etc. dan bagi kitorg itulah antara trademark yang kitorg cuba exposekan. Dua tahun lepas tu ep dua lagu kitorg featuring lagu Ilmu Hisab Che’gu Hapis dan Che Siti Wan Kambang diproduce.

3.Setuju kalau aku cakap korang ni Lamb Of God version Malaysia? hehehe..
Hmm..Rasanya tidak setuju. Sebenarnya Lamb Of God salah satu dari band yang kitorg minat dan boleh kata sumber inspirasi dalam H.O.H tapi bukan kitorg nak jadi mereka bulat-bulat baik burn je cd diorg pastu mengaku tu kitorg. Haha. Tak adil bagi statement mcm tu dekat kitorg sebab structure muzik H.O.H sampaikan tidak sama seperti apa L.O.G mainkan kerana muzik kitorg ada menyelitkan elemen-elemen seperti Joget, Blues, etc. untuk lebih membangkitkan semangat originality untuk membezakan kitorg dari band-band yang wujud sekarang. Tambahan objektif H.O.H mungkin berbeza dari diorg. Ada jugak pihak bagi statement macam tu tapi bagi kitorg itu hanya kebetulan tanpa niat untuk mengikut-ikut kerana kitorg tidak mahu dilabelkan sebagai band “manufactured” atau dengan kata lain tidak mempunyai identity sendiri.

4.Definisikan hardcore muzik yang korang mainkan ..
Basically hardcore muzik yang kitorg main ni taklah straight forward sebab byk elemen muzik yang wujud dalam composition kitorg tapi dalam channel hardcore la sebab minat kitorg masing2 byk influence dari band2 hardcore mcm Snapcase, Earth Crisis, Hatebreed, Strife, Mineral, Deftones, etc. dan metal pun ada gak mcm L.O.G, Mastodon, The Haunted, Metallica, Megadeth,etc. so kesimpulannya kitorg ni kalau nak labelkan diri kitorg ni hardcore pun takleh sgt so let the music speaks for itself. Tapi apa yang penting kitorg cuba sedaya upaya dalam setiap lagu untuk membangkitkan semangat listeners dengan gabungan unik kitorg.

5.Mengenai lagu yang bertajuk Cik Siti Wan Kembang dan Ilmu Hisab Cik’gu Apis mengisahkan apa ?
Tajuk2 lagu ni takde maksud apa pun cuma nak bagi catchy je dan nak bagi listeners curious part mana yang ada kena mengena dengan tajuk2 tu tapi sebenarnya kitorg nak diorg dengar message2 dalam lyrics dan hayati bukan sekadar dengar pastu jadi ear candy je lagipun ni pun salah satu dari trademark kitorg, tajuk dalam bahasa melayu tak kena ngan isi yang dalam English..hahah. Lagu2 ni generally related to humanity issues dalam environment kita seperti kemiskinan, penindasan, hypocrisy dan sebagainya. Bukan untuk menentang sesiapa tapi keadaan sekarang sebenarnya menunjukkan apa yang sedang berlaku kat sekeliling kita.

6.Muzik arrangment macam mana ? sape yang buat ?
Arrangement dibuat oleh semua band member tapi sumbangan besar byk dari Kerul iaitu lead guitarist kitorg. Guitar works dia kitorg filter balik then masuklah drums ngan bass. Ada gak dari band members yang lain tapi mungkin certain parts untuk dimuatkan supaya lagu jadi lagi tight dan unik. Bak kata omputih 5 heads are better than one.Haha. Untuk lyrics pun sama gak, Harsall yang tulis lyrics tapi kalau additional parts yang perlu di repair so kitorg bergabung contribute idea masing2.

7.Instruments yang korang gunekan ?
ESP(kerul) dan Jackson(afiq) guitars, Schatter bass dan Pearl drums

8.Bile korang nak keluarkan ep/album ?
Sekarang ni H.O.H dalam proses akhir untuk siapkan ep 5 songs pulak dengan The Band Shop Recordings so dijangka dalam awal bulan 6 ep tu akan dikeluarkan dan boleh didapati menerusi kitorg dari myspace H.O.H ataupun dealers yang dipertanggungjawabkan. Untuk lebih updates sila visit Hollow Of Hate’s Myspace.

9.Orang kate tahun ni tahun indie, setakat ni macam mana dengan sambutan orang ramai terhadap H.O.H kerana H.O.H bukan band indie?
Sambutan tu tetap seperti sediakala tak kira la tahun indie ke hindi ke. Ianya bergantung pada kepercayaan dalam apa kita buat untuk convince org untuk dengar materials kita tapi kalau hampeh jgn la harap org nak amik port sampai tahun 2020 pun org tak kisah. Haha . lagipun nak kata tahun indie pun takleh gak sebab hardcore punya gig pun nampaknya sama naik tumbuh mcm cendawan.
10.Ada jemputan gigs dari luar contohnya thailand atau singapore ?
Kitorg pernah main dekat Singapore tahun 2006 atas invitation organizer kat sana tapi sekali tu je la sebab rasanya exposure untuk band kitorg ni pun tak seberapa dan materials pun baru nak produce dalam tengah tahun ni. Maklumlah setiap sorg dari kitorg ni ada commitment lain, ada yang kerja, ada yang masih belajar so byk limitations utk mempercepatkan process recording. Selain dari tu ada gak invitation bikin terkejut punya dari organizer harcore fest kat North Carolina!!! menerusi myspace bertanyakan adakah kitorg berminat nak join fest diorg tu, minat tu mmg la tp paham2 je la kalau U.S. tu jauh mcm nak gi Seremban tu larat la lagi. Haha.

11.Rancangan dalam masa terdekat dan masa hadapan ?
Hmm..mungkin nak dptkan lagi exposure utk music kitorg and nak come up with new ideas so dat org tak bosan dengar. Tapi apa pun ep kitorg nak kuarkan dulu sebab dah lama sangat tangguh ni sebab commitment lain.

12.Bila gig akan datang korang ? di mana ?
Buat masa ni takde lagi sebab kitorg busy sikit so time limited utk gig..mungkin by bulan 8 ada la kitorg start main balik itu pun kalau ada organizer yang nak panggil la kan. Tapi apa2 hal dalam bulan tu then seterusnya kira timing dah cun la utk any gigs.

13.Selain dari myspace kat mana lagi orang buleh dengar lagu korang ?
Bleh dengar kat imeem, earfocus, amp channel v dan ep kitorg yang akan datang.hahaha. belilah yang original sebab cetak rompak diorg tak buat pon.

14.Macam mana dengan pandangan korang terhadap perkembangan scene underground kita pada tahun ni ? buleh dikatakan setiap minggu adenyer gig terutama di KL .. ??
Byk org pakai sluar ketat kaler2..hahaha..tu la bagus gak tahun ni dah start busy balik gigs sume berbanding dgn tahun lepas slow mcm siput babi mungkin pasal issue black metal tu kot. Tapi yang tak bestnya byk gig yg didominasi oleh band2 yang sama je balik2. lepas band tu minggu depan band tu lagi so variety takde and peluang utk org lain expose music diorg takde. Tapi biarla nak buat camne maybe organizer ngan band tu gang sekampung ke mana la tau kan..haha

15.Selain bands, clothing juga tumbuh bak cendawan, apa pandangan korang ?
Bagus gak la at least ada source of marketing and income utk band to move forward sbb kalau tak band takleh nak gerak kalau takde financial resources last2 mati kat situ je. Tapi yang selain dari clothing bands tu tak tau la biar dunia fesyen mengadili mereka..haha

16.Korang ade buat merchandise untuk fans ? Kalau ade macam mana nak dapatkan dan harganya ??
Fans pun kitorg tak tau ada ke tak lagi tapi kalau dah rasa support dari org dah cun maybe kitorg buat merchandise bagi tujuan kebaikan band seperti marketing dan sebagainya.

17.Kata-kata terakhir sebelom berpisah untuk pembaca dan fans H.O.H diluar sana..
Terima kasih byk2 kalau anda fan kami dan kitorg harap yg korg keep updated with our progress sebab our music is for you people. This is our language to let u know about what we feel and we’re ready to share them. Cheers and jgn gaduh2 dan bunuh2!

18.Terima Kasih kepada H.O.H kerana sudi menjawab soalan-soalan yang telah diajukan. UEM mengucapkan selamat maju jaya kepada H.O.H. Hail H.O.H!!
Alrite brader thank you gak kami ucapkan sebab discover kitorg dan mencuba exposekan kitorg. Tugasmu sgt mulia. Cheers!

Korang leh contact diorang di Hollow Of Hate’s Myspace

*ke semua gambar kecuali gambar pertama dari atas adalah hak milik UEM Zine

Filed under: Temuramah ,

One Response

  1. molly says:

    ermmmi de byk lirik..
    penulisan r..
    tp xtau nk bg sape komen ke..
    pe ke..
    bleh anta kt cni??

Leave a Reply