Unstoppable Eating Machine

Segalanya Mengenai Arena Muzik Bawah Tanah!

Temuramah Bersama Butterfingers!

Butterfingers.. perlukah aku perkenalkan mereka lagi ? Rasanya tak perlulah sebab mereka ni dah well known dalam arena muzik indie Malaysia ni. Setelah mencuba nasib, akhirnya dapat juga aku menginterview mereka melalui surat elektronik. Tak payah nak merepek panjang, mari kita ikuti temuramah dengan Butterfingers…

1. Hello Butterfingers.. ape cite terbaru ?
HELO………Apa cerita….kami baru sahaja mengeluarkan single ke-2 berjudul m a h a r a n i ( v e r s i r a d i o ). Tiada fizikal product untuk ini kerana kami memberikannya secara PERCUMA !  Kepada peminat2 atau kepada mereka yg hendak memilikinya,, anda boleh memuat turun lagu ini di www.myspace.com/butterlatethannever dari 060708 hingga 130708. Semoga anda semua berhibur dengan lagu ini.

2. Macam mana dengan album terbaru, berapa banyak salinan yang telah dibuat dan yang telah diedarkan ?
Album telah pun siap cuma ia memakan sedikit masa untuk diedarkan kesemua kedai kaset seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan album K E M B A L I pada minggu ke-3 atau ke-4 July. Sebab itulah kami membuat ’soft release’ dengan mengeluarkan m a h a r a n i dan memberikannya secara percuma kerana tidak mahu menghampakan semua peminat. Terima kasih kerana bersabar.

3. Album KEMBALI ini sebenarnya nak menunjukkan apa ?
Menunjukkan bahawa kami semua masih aktif dalam bidang ini. Kami sayangkan butterfingers, sekurang-kurangnya ada sesuatu yg boleh dibanggakan pada hari tua. Kalau umur panjang, kami akan sentiasa mencetuskan sesuatu.

4. Ari tu kata nak release singles satu persatu before keluar album, setakat ni yang keluar hanya 2 lagu saje.  Buleh terangkan ?
Bila satu single dari album baru dikeluarkan,,seorang artis hanya ada 3 bulan untuk melihat sama ada lagu itu mendapat sambutan atau pun tidak. Kalau ada sambutan prolong lagi, dan kalau tiada, kenalah ada follow up dengan single kedua. Sama juga dengan kes butterfingers. Apabila lagu 1000 tahun keluar, ia mengambil masa untuk naik..Apabila telah pick up dan mendapat sambutan, kami semua mengambil keputusan untuk prolongkannye. 1000 tahun masih lagi berkemundang disemua major radio,nombor 1 di carta fly.fm campur chart dan kami mahu ia berada disitu bagi menukar persepsi dan mentality pendengar. Kita mesti bangga dengan indentiti muzik Malaysia.  Jadi sebab itulah single kedua keluar agak lambat.

5. Macam mana dengan tour untuk mempromosikan album terbaru yang dikatakan dalam perancangan tu ? Tour ke semua negeri atau ke negeri negeri yang terpilih sahaja ?
Kami tunda semua tarikh road tour August ini ke tahun depan. Tarikhnya pula akan kami confirmkan bila semuanya sudah confirm!!.. Ini kerana kami mahu album itu dijual dahulu dalam masa 3-6 bulan dan berharap ia mendapat sambutan. Biar semua org yg beli boleh hafal dan layan. Bila album dah murtured, satu Malaysia dengar, barulah senang nak buat showbisnes sebab boleh tarik crowd. Macam buah mangga yg masak sepenuhnya, barulah enak dimakan begitu sahaja. Kalau muda sgt masam, tua plak boleh masuk dlm tong sampah sebab dah tak buleh makan.

6. Sambutan/komen/kutukan/pujian yang dapat menerusi singles 1000 tahun dari pendengar?
Kami OK dgn semua komen  positive/negative.  Orghe Kelate ghoyak “sedak2 belakaw”…orang utara cakap “hang paw BEst!!” semua org pun OK, hentikan semua pertikaian.

7. Macam mana pula feedback dari media? Adakah dengan album KEMBALI ini dapat mengubah persepsi media terhadap Butterfingers?
Mereka pun OK. Kami dan kebanyakan wartawan yg kami kenal telah lama berkawan,,sama2 naik dari tahun 1996. Jadi tiada masalah kat situ.

8. Sudah bersediakah Butterfinggers dari serangan para media setelah mereka mendengar album terbaru anda nanti ?
Bersedia..camne caranya tengoklah nanti. Kami percaya ia takkan berlaku kerana kami tak suka bermusuhan. Main muzik je hiburkan semua.

9. Bab vc plak, setakat ni ade berapa vc yang telah dihasilkan untuk album KEMBALI ?
1-Nic’o'tyne ( 1996 )
2-Wet Blanket ( 1997 )
3-Girl Firday ( 1998 )
4-Malayneum ( 2000 )
5-Nyilu ( 2004 )
6-b e r i t a b u t t e r 1000 thn mahu hidup ( 2008 )
7-m a h a r a n i versi bersahaja ( 2008 )

sila singgah disaluran youtube rasmi kami untuk menyaksikan kesemuanya
www.youtube.com/butterfingerstheband

10. Adakah Butterfingers memerlukan bantuan dari distro’s D.I.Y untuk memasarkan album KEMBALI ? Jika jawapan anda ya, terangkan ..
Ya,sebab kami mahukan ia disebarkan secara meluas. Bila org pergi kedai kaset terus boleh jumpa album baru kami. Pendekkata ingin memudahkan org ramai yg ingin membelinya.

11. Dari penghujung tahun 1993 sampailah la ni( 2008 ), apa rahsia Butterfingers sebagai sebuah band yang yang masih kuat lagi, maksudnya di sini tiada perpecahan band yang berlaku.
Ikatan persahabatan, sayangkan band ini, pandangan yg berbeza antara kami walaupun citarasa yg lebih kurang sama, persefahaman, kami masih tak puas main muzik, kebetulan pula kami masih banyak mesej yg hendak disampaikan, amalan konsep muafakat hahaha give and take dan sebenarnya kami dah macam keluarga (extended family). Pecah tu mungkin tak kot sebab kami dah berkawan lama selama 17 tahun! Sudah tentu ada yg tak kena ataupun otak kami ni dah tak betul, besar kepala termasuk pentingkan diri sendiri kalau kami semua berpecah. Selain itu kami tidak mahu menghampakan peminat yang telah menyokong dari awal. Kadang2 penat juga melihat muka masing2 hahaha,,bila jadi begitu kami tumpukan perhatian kepada keluarga ataupun side project :) . Contohnya Loque aktif dengan album solo juga dikenali dengan panggilan”monoloque”, emmett gemar untuk moonlight menyanyi dengan band2 lain seperti Pop Shuvit, loco suka meluangkan masa dirumah bersama anak2 dan kadax pula sibuk dengan machine elektroniknye (teka apa itu) termasuk e-learning. Bila lama tak dengar cerita dan dah gian nak jamm kami start calling2. Masa untuk serious. Bergabung K E M B A L I.

12. Masih lagi bercerita mengenai Butterfingers :
i. Macam mana dengan keadaan Emmet.
Kesihatannya semakin bagus, marilah kita berharap agar emmett cepat sembuh seperti sediakala. Kami lagi suka kalau emmett mendapat sesuatu anugerah Tuhan dari situ. Contohnye manjadi superhuman!!  Tiap2 minggu perform weekend back-to-back.
ii. Loque pula bila habis belajar ? Sekarang ni masih cuti lagi?
Loque sedang berada di tahun akhir pengajiannya dekat Berklee College Amerika Negeri Bersatu. Beliau dijadualkan tamat pengajian pada pertengahan tahun 2009.

13. Future plan Butterfingers ?
Plan kami melangkau 1000 tahun,,berjela-jela kalau hendak diterangkan. Kami tiada plan tetapi ada matlamat.Boleh??

14. Pandangan anda tentang scene music indie pada tahun 2008?
Positive untuk sekarang. Harap agar ia prolong. Hentikan complexity. Marilah kita bersama2 mencipta identiti muzik Malaysia, mengeluarkan bunyi band Malaysia. mencetuskan idealogy muzik Malaysia, mengekalkan keaslian muzik Malaysia dan memelihara muzik Malaysia hingga 1000 Tahun!!

13. Akhir kata dari Butterfingers..
Sokonglah pergerakan butter, soft release k e m b a l i iaitu m a h a r a n i ( versi radio) free download dari 060708-130708 diruangan myspace kami SILAKAN!!, harap bersabar,,album akan berada dipasaran sedikit masa lagi. kami akan muncul untuk memberikan persembahan dari 19th July hingga penghujung bulan august untuk promosi album. Tarikh persembahan akan keluar di ruangan myspace, blog dan facebook sila lihat disitu.

TERIMA KASIH.

Apa pon saya ingin meminta maaf jika soalan soalan saya ini berbaur menyindir atau menyakitkan hati anda, saya tidak berniat begitu. Butterfingers padu!

Butterfingers’s Myspace

Harap pembaca berpuas hati dengan temuramah di atas. Sekian terima kaseh kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. =)

Cheers!

Filed under: Temuramah , ,

One Response

  1. AmBu says:

    Wahh best2…Rajin aa ko…keep on goodwork Wan…:)

Leave a Reply