Dewan Bankusi Carseem menjadi venue berlangsungnya Tour Andamedia bagi tahun 2009 ini. Dewan yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh, Perak menyajikan 10 buah kumpulan yang telah beraksi dengan penuh semangat pada 17 Januari yang lepas. Namun begitu,gig bermula lewat sedikit kerana masalah teknikal.
Ok, aksi pembuka tirai diterajui oleh Green Paver. Mereka membawakan lagu-lagu yang dipetik dari album terbaru mereka. Kesemua lagu-lagu mereka adalah dalam Bahasa Melayu. Persembahan yang bersemangat tapi penonton masih duduk. Lambat panas penonton Ipoh ni.
Persembahan kedua oleh Bob KU2 + Geng Jahat. Mereka ni bukanlah band baru, mereka ni dah otai2 belaka. Lama sangat diorang mendiamkan diri,kini penonton Ipoh berpeluang menyaksikan persembahan mereka buat julung kalinya. Lagu-lagu yang mereka persembahkan adalah lagu-lagu lama mereka. Bob dengan lawaknya membuat para penonton ketawa. Terhibur para penonton. mereka mengakhiri persembahan dengan lagu mereka yang pernah top suatu ketika dahulu. Yang mana lagi kalau bukan Mimi & Rozi.
Siapa tak kenal Freelove ? Jayzuan kenal? Hehehe. Band yang berasal dari Ipoh, Perak. Memulakan persembahan dengan lagu hits mereka, Thursday Riot dan mengakhiri persembahan dengan lagu Ya Ya Song. Persembahan yang bertenaga dari mereka. Kali ini nampaknya Jay tidak lagi mosh untuk penutup persembahan mereka, “phobia” kata Jay.
Tarikan utama bagi gigs Andamedia ini siapa lagi kalau tak lain tak bukan Hujan. Mereka memainkan lagu-lagu dari album mereka yang sememangnya sudah terlalu familiar kepada penonton. Tidak banyak yang boleh dikatakan tentang Hujan, seperti yang kita ketahui mereka sememangnya band yang berpengalaman dan hebat. Selesai persembahan di Ipoh mereka pon berangkat ke tempat lain, katanya ada show lagi.
Pertama kali melihat Frasa bermain live mereka berbunyi seperti Foo Fighter? hehehe.. macam tu lah pendapat saya. Mereka membawakan lagu yang agak santai dan relax. Terhibur dengan persembahan mereka. Walau bagaimanapun, ramai juga penonton yang keluar dari dewan ketika Frasa sedang beraksi. Namun begitu, Frasa tetap tetap meneruskan jua persembahan mereka demi saki baki penonton yang masih lagi setia bersama mereka.
Awan Band tampil dengan kelainan dan style yang tersendiri. Terdapat element seperti jazz diselitkan dalam muzik mereka. Dengan gaya muzik yang unik, mereka berjaya menghiburkan penonton yang masih setia memberi sokongan kepada mereka.
Dengan selambanya saya melabel Dying For Autopsy sebagai As I Lay Dying versi Malaysia kerana pengaruh muzik As I Lay Dying yang agak kuat (jangan marah haa.. hehehe..). Namun begitu,tidak dapat disangkal bahawa persembahan mereka adalah mantap. Penonton turut serta bermosh dan berdansa. Havoc sungguh masa persembahan mereka. Sokongan yang padu ditunjukkan oleh rakan-rakan dan penonton.
Living Dead Kiss salah sebuah hardcore band yang dijemput hadir untuk memeriahkan gig pada hari tersebut. Persembahan yang jitu. Angkat 2 ibujari untuk anda (two thumbs up!!). Dengan bunyi yang berat serta vokal yang jahat berjaya membuat para penonton moshing dan dance mengikut rentak. Syabas buat Living Dead Kiss.
Half Asleep satu-satunya band yang memainkan genre Punk Rock pada hari itu. Memulakan persembahan dengan lagu Nano-Nano versi mereka. (hehehe). Saki baki penonton yang hadir berdansa bersama dan memberi sokongan. Persembahan yang tetap mantap walaupun telah mengharungi dua gig dalam masa satu hari. Sememangnya tidak
sia-sia mereka berpenat lelah dari taiping (gig pertama) kemudian ke ipoh untuk gig andamedia pula. Kental semangat mereka memperjuangkan muzik Punk Rock ni.
Ashtalin beraksi sebagai penutup tirai gig Andamedia Tour di Ipoh. Namun begitu,agak mendukacitakan apabila kelihatan kelibat manusia yang semakin lama semakin hilang entah ke mana. Pujian harus diberikan kepada Ashtalin kerana masih memberikan persembahan yang berat, padu, mantap dan jitu kepada penonton yang tidak seberapa bilangannya.
Secara keseluruhannya gig ini saya kategorikan gig yang berjaya. Band-band yang membuat persembahan semuanya hebat-hebat belaka dan mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Saya berharap agar siri tour Andamedia yang lain juga akan berjaya. Kepada rakan-rakan semua, mari kita berikan sokongan kita pada Andamedia. Terima kasih saya ucapkan kepada Aman kerana sudi memberi saya peluang untuk me”review” gig ini. Terima kasih sekali lagi!
Filed under: Ulasan Gig , andamedia, ashtalin, awanband, bob ku2, carsem, frasa, freelove, green paver, hujan, living dead kiss









cool…nice review…lame tul x ushar wordpress nih huhu…