Unstoppable Eating Machine

Segalanya Mengenai Arena Muzik Bawah Tanah!

Mengenai

Aku seorang freelance photographer yang banyak masa untuk diluangkan untuk menulis/mengemas kini blog. Asalnya dari menyambung Under One Flag versi digital dan kemudian beralih kepada Unstoppable Eating Machine iaitu webzine aku sendiri.

Aku harap dengan webzine ini para pembaca dapat menambah ilmu pengetahuan, isu semasa, kemas kini dan bermacam macam lagi mengenai scene indie kita yang tercinta. Aku akan berusaha untuk mengemas kini blog ini dari semasa ke semasa.

Kenapa aku buat webzine/blogzine ni ? Aku buat blog ini bertujuan untuk merekodkan aktiviti yang berlaku dalam scene kita, membantu para pemuzik dan rakan rakan yang memerlukan pertolongan, mengerat silaturahim sesama kita dan laen laen lagi. Aku harap dengan usaha aku yang kecil ini dapatlah aku membantu scene kita sedikit sebanyak. Sama sama lah kita menaikkan scene kita yang kecil ini. Dengan bantuan kawan kawan semua kita pasti boleh!! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Ke semua bahan yang telah disiarkan adalah hak cipta Unstoppable Eating Machine webzine dan tidak boleh diguna pakai tanpa sebarang kebenaran dari aku.

Aku mengucapkan terima kaseh tak terhingga kerana sudi meluangkan masa untuk membaca catatan aku yang tak seberapa ini.

Sekian, Terima Kaseh sekali lagi.

Wan.

Leave a Reply