Unstoppable Eating Machine

Segalanya Mengenai Arena Muzik Bawah Tanah!

Sudahkah anda bersedia untuk Nasyid Metal?

Nasyid (Arab: أناشيد) merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.

Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.

Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan. – wikipedia

Aku dah lama bercita-cita membuat lagu berentak Metal tetapi liriknya berunsurkan nasyid. Dengan band aku yang dulu (Langsuyr) ini mungkin tidak sesuai. Aku berfikir, mungkin boleh dengan projek solo.

Eventually, aku buat juga beberapa lagu. Yang menjadi, satu lagu ni yang ku beri tajuk Kronikologikal. Berbelit lidah menyebutnya?

Semua rakaman dibuat di dalam bilik study dengan menggunakan instrumen dan software. Yeap, I’ll take all the credits since I am the one who was playing. Aku bukan professional jadi maafkanlah kualiti rekoding yang agak amatur.

Tapi, sudahkan dunia nasyid bersedia untuk ini? Aku serahkan kepada kamu untuk menilainya. Link untuk download di bawah. Segala bentuk komen (bertamadun) amat dihargai!

KRONIKOLOGIKAL
Lagu: Bentara
Lirik: Bentara
Solo: Bentara

Pergolakan dua kuasa
Yang mahukan pemerintahan
Medannya seketul daging
Di dalam kedaifan tubuhmu

Jiwa kacau memikirkan
Bertemunya dua keperluan
Memilih satu keputusan
Yang mengolah landasanmu

Pergolakan yang berterusan
Menggelegak di dalam jiwa
Adakalanya kau benar
Adakalanya kau salah

Di dalamnya ada perasaan
Yang asal tercipta untukmu
Pabila salah kau rebah
Pabila benar kau bersyukur

Andainya hitam kau sesat
Tidak nampak cahaya yang dihujung
Seperti benda yang kotor
Ianya perlu dibersihkan

Namun tatkala kau lemah
Ingati maksud kau diciptakan
Serahkan segala urusanmu
Kepada yang Maha Berkuasa

Insani, kau lemah, kau daif
Insani, kau tidak mengetahui
Insani, tunduklah, sujudlah
Insani, kau perlukan peringatan

Jangan kau tertipu dengan mainan
Dunia yang terhias dengan seribu kecantikan
Anak isterimu bakal menjadi
Pendakwa terhadap keputusanmu yang lalu

Harta kekayaan yang kau miliki
Tiada manfaat jika hanya memuaskan nafsumu
Awas terhadap usiamu
Kerana tidak dia menjamin keselamatanmu

Download di Rapidshare

Filed under: Singles, ,

Leave a comment